Thursday, June 21, 2007

BUKU-BUKU AMN PUBLICATIONS

GENRE: NOVEL REMAJA


BUKU : LADANG HATI MUSTIKA


PENULIS: UMMU HANI ABU HASSAN


PENERBIT: AMN PUBLICATION ENTERPRISE


ISBN: 983-2943-02-0


BOLEH DIDAPATI JUGA DI TOKO MPH SELURUH NEGARA.

SINOPSIS


MUSTIKA, gadis bersemangat waja dan bercita-cita tinggi melalui suka duka sebagai mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya. Bersama sahabatnya Faez Faeza meredah ujian yang menemukan mereka dengan insan-insan berhati mulia di rumah Az-Zahra.



Mustika tegar dalam perkebunan kasihnya terhadap Bayu Ilhami, teman istimewa sejak persekolahan. Namun, galau resah Bayu Ilhami mengheret perpisahan mereka hingga ternoktah tatkala menerima kad perkahwinan Bayu Ilhami dengan Siti Sarah. Kecewanya terubat bila hadir si kumbang baru, Hanif Mustafa yang gemar dipanggilnya Ustaz Kopiah. Luhur budi si Ustaz Kopiah rupanya sekadar mengisi ruang ukhwah sesama Muslim. Walau mulanya terasa ralat, dia yakin impian kasihnya masih dalam pencarian. Doa keluarga dan usaha dirinya berbalas kebaikan tatkala muncul pemuda soleh bernama Fuad. Dialah selama ini dalam angan dan impian kasih seorang Mustika. Dan Mustika sering berpesan pada dirinya, 'Teruslah kita menuai dan bersabar.

MESTI BACA!



1. Penulis mendokong aspirasi remaja Islam yang kuat mengharungi cabaran dan berfikiran terbuka.

2. Konsep percintaan yang luhur menepati citra Islamis, harmonis dan realistik!



3. Plot LHM dirumus erat dan memudahkan pembaca. Hampir seluruh bab mempunyai konflik berlainan dan segar.



4. Citra Tauhid yang mampat.



5. Bahasa dan nilai masih dalam kawalan estetika, sederhana, segar dan mudah difahami pembaca.



6. Sesuai untuk kanak2, remaja, dewasa dan seluruh peringkat umur.


GENRE: NOVEL REMAJA

BUKU: SUU PHEA

PENULIS: ABU HASSAN MORAD

PENERBIT: AMN PUBLICATION ENTERPRISE

ISBN: 983-2943-03-7



SINOPSIS

Suu Phea, gadis Myanmar berwatak cekal menyusun hidup antara cita-cita dan perjuangan. Digarapi penuh diksi, ilmiah dan segar untuk pembaca menyusur liku remaja globalisasi. Tidak ketinggalan persoalan cinta; kepada agama, negara dan manusiawi.



Ini novel menarik yang dikatakan sebagai novel fakta fiksyen karya. Ditulis pula oleh sasterawan pemenang Anugerah Hadiah Sastera Perdana 2002 yang lebih 20 tahun dalam arena sastera Islami.



MESTI BACA!



"Novel-novel Abu Hassan Morad sering menyeberangi sempadan etnik dan budaya Melayu, berwawasan global, namun tidak lepas daripada ikatan keislaman yang kukuh. pandangan-pandangan Melayu global dibungkus dalam nilai-nilai sastera Islam yang begitu menarik dan disampaikan dengan gaya kreatif dan disokong oleh fakta dan foto latar penceritaan masa."- A.Rahim Abdullah, Tokoh Seni Kebangsaan Malaysia.



"Sebagai seorang pengarang Islam, Abu Hassan Morad mampu memahami dan menyelami perkembangan semasa di dalam negara mahupun di peringkat global, untuk menampilkan pandangan Melayu yang murni dalam karya-karya beliau sehingga terasa sebagai sebuah karya yang rapi dengan bahasa bersahaja serta gabungan imaginasi dan realiti yang menarik."- Prof Madya Amida Abdul Hamid, Sasterawati Negara.





GENRE: HIMPUNAN CERPEN KANAK-KANAK

BUKU: MANGKUK TEMPURUNG NENEK

PENYELENGGARA: UMMU HANI ABU HASSAN

PENERBIT: AMN PUBLICATIONS ENTERPRISE

ISBN: 983-2943-01-9

HARGA: RM12.90

Kami khususkan buku ini kepada mereka yang menghargai sesuatu yang berilmu dan bermanfaat.
koleksi cerpen kanak-kanak terlaris oleh barisan penulis yang prolifik menghasilkan karya-karya krestif berunsur Islam. diabadikan untuk mendidik, menghibur dan memupuk nilai ilmu kepada si comel alaf baru. khazanah kreatif ini adalah hadiah terbaik anda kepada anak-anak dan sahabat taulan.
anda boleh membaca garapan santai dan comel daripada penulis2 ini
saudara nimoiz Ty, Fahd Razy, Ustaz Maszlee Malik, Ummu Hani, Ezzar Akmal, Serunai Faqir dan Naimisa Yusof.

No comments: